Bicara Sihat: Amalan Memakan Kurma

Posted by JusKurmaGenius Friday, May 11, 2007

Amalkan memakan Kurma
Besar khasiatnya….kaya dengan Vitamin, mineral dan kalsium.

Menyedari betapa tingginya khasiat buah Kurma,maka tidak hairanlah rasullullah s.a.w sendiri menganggapnya sebagai makanan yang memulihkan tenaga.
Ini diperkuatkan dengan hadis Rasullullah s.a.w yang menyebutnya, Rasullullah memulihkan tenaganya selepas berpuasa sehari dengan memakan buah Kurma ketika berbuka puasa sebelum memunaikan solat maghrib.

Kurma sesungguhnya adalah ‘Raja’ segala manisan, makanan yang ideal untuk gaya hidup sihat.Ia mudah dicerna selepas setengah jam memakannya.Ia memulihkan stamina serta merta.

Menurut kajian sains moden juga,kurma yang kaya dengan serat asli amat berkesan bagi mencegah barah dalam perut. (Abdominal Cancer).
Menurut hadis juga, Mariam iaitu ibu kepada nabi Isa a.s memakan buah kurma ketika menderita sakit hendak bersalin dan juga sepanjang dalam pantang selepas bersalin.Kurma juga bertujuan memulihkan tenaga selepas bersalin.

Kurma juga memperkayakan susu ibu dengan pelbagai kandungan zat berkhasiat bagi menambah kesihatan bayi untuk membesar dan mencegah bayi darpada dijangkiti penyakit.
Justeru itu rasullullah s.a.w mengesyorkan supaya wanita memakan buah kurma untuk kesihatan bayinya.


Penemuan terbaru oleh Institusi pemakanan,mengesyorkan supaya kurma diberi kepada kanak-kanak yang menderita penyakit yang berkaitan system saraf dan hyperaktif.


Aisyah r.a isteri nabi Muhammad s.a.w pernah menggunakan buah kurma bagi merawat mereka yang mengalami pening-pening dan mabuk.


Daripada ayat-ayat Al-Quran dan hadis RASUL tersebut,para saintis makin berminat untuk mengkaji mengenai khasiat kurma.

Menurut kajian yang dilakukan oleh DR. Mahmud NAZIM Al Nasimy dalam buku tempoh mengandungi dari segi fiqhiyah,perubatan dan perundangan apa yang diperolehi daripada hasil kajian meenunjukkan jus Kurma membantu mencengkam Rahim sewaktu process kelahiran,memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada lewat tempoh kehamilandan sekali gus memudahkan kelahiran zuriat.

Selain itu jus Kurma dapat mengurangkan risiko tumpah darah dan menguatkan organ rahim selain meredakan tekanan darah tinggi.

Penghormatan wanita Arab akan keistimewaan kurma pula adalah menjadi tradisi sebagai bahan asas untuk menampakkan kenaggunan diri secara semula jadi.Kebanyakan wanita Arab juga turut mempercayai bahawa khasiat kurma ini bebas dan selamat daripada bahan kimia yang merbahaya.Mereka juga percaya dengan adanya khasiat kurma yang semulajadi mampu menghaluskan kulit,membekal tenaga tambahan kepada wanita hamil dan kandungan serta melancarkan system pencernaan.

0 Responses to Bicara Sihat: Amalan Memakan Kurma

Click Di Sini Jika Berminat

Atau Anda Boleh Menghubungi Saya Puan Sarizah : 013 -6343895